Masa Tidak Menunggu Kita...

Pages

INFO PKG BUTTERWORTH



LATAR BELAKANG PKG BUTTERWORTH

         Pusat Kegiatan Guru Butterworth merupakan PKG yang tidak mempunyai bangunan sendiri. Pada awal penubuhannya ia telah menumpang di SJKC Kwang Hwa, Butterworth.
Semasa beroperasi di SJKC Kwang Hwa pihak sekolah telah membenarkan Pusat Kegiatan Guru Butterworth menjalankan operasinya di sebuah bilik yang mengandungi 3 bay iaitu sebuah kelas yang keluasannya kurang dari 720 kaki persegi. Ia terletak di tingkat satu bersebelahan dengan pejabat sekolah. Walaupun menjalankan dalam keadaan yang kurang selesa namun segala arahan yang diamanahkan berjaya dijalankan dengan sempurna oleh pegawai yang dipertanggungjawabkan.
        Pada pertengahan tahun 2005 semua PKG seluruh Malaysia telah dinaiktaraf dimana perjawatan baru telah diwujudkan. Dari seorang penyelaras PKG ia telah bertambah kepada 4 orang iaitu seorang Pegawai Teknologi Pendidikan DGA32, Seorang Pegawai Teknologi Pendidikan DGA29, seorang Pembantu Tadbir N17 dan seorang Juruteknik FT17. Dengan wujudnya perjawatan baru di PKG maka tempat operasi PKG sediada tidak lagi sesuai. Maka pada 23 Januari 2006 telah mula beroperasi di tempat yang baru iaitu SK Mak Mandin, Butterworth.
        Walaupun dengan status masih lagi PKG tidak berbangunan sendiri namun kemudahan yang terdapat di persekitaran baru amatlah selesa. Dengan keluasan 10 bay(3 bilik darjah dan satu ruangan stor) adalah diharapkan PKG Butterworth akan terus berbakti pada sekolah-sekolah sekitarnya dengan lebih berkesan.
PKG ini berkonsepkan perkhidmatan kelompok yang menyediakan khidmat sokongan kepada guru-guru daripada 19 buah sekolah yang berhampiran. Kecemelangan PKG memerlukan komitmen yang tinggi daripada jawatankuasa kerja dengan konsep kerja berpasukan dan rasa kesepunyaan terhadap PKG.


VISI

Mewujudkan budaya penggunaan media dan teknologi yang berkesan di setiap sekolah.


MISI
  • Membangunkan bahan sumber pendidikan yang bermutu tinggi dalam pelbagai media.
  • Mengembangkan sistem jaringan maklumat kepada semua warga pendidikan.
  • Memberi khidmat kepakaran profesional dan teknikal dalam media dan teknologi pendidikan.


    Pusat Kegiatan Guru berperanan untuk :

    • Mengurus dan mentadbir Pusat Kegiatan Guru.
    • Melaksanakan, menilai program dan latihan Teknologi Pendidikan.
    • Memantau penggunaan penyelesaian bersepadu Sekolah Bestari di sekolah setempat.
    • Menyelaras program dan latihan Teknologi Pendidikan, Pendidikan Bestari dan PSS.
    • Memudah cara program Pengurusan Perubahan Pendidikan Bestari di sekolah setempat.
    • Menghasilkan bahan pengajaran dan pembelajaran.
    • Memberi khidmat bantu Teknologi Pendidikan.
    • Mengurus data dan maklumat aktiviti PKG, Kakitangan Sumber, PSS dan sekolah setempat.



    Kemudahan yang terdapat di PKG Butterworth :

    • Perpustakaan PKG
    • Melayari Internet
    • Kampus Astro

    • Bilik Mesyuarat

    • Bilik Seminar





    PKG Butterworth menyediakan perkhidmatan seperti :

    • Rakamsalin cakera padat audio / video dan lain-lain bahan yang dibenarkan saja.
    • Menjalankan bengkel mengikut keperluan guru.
    • Bimbingan dan khidmat bantu komputer.
    • Pemantauan dan khidmat bantu Pusat Akses dan Schoolnet.
    • Konfigurasi rangkaian.
    • Pinjaman buku.
    • Membuat rujukan.
    • Khidmat nasihat PSS.